Thursday, November 3, 2011

Good Bye October ! Helllo November

Bismillahirrahmannirrahim
Assalammualaikum !Hello semua,sihat tak ? Alhamdullilah,saya sihat sejahtera.maaflah saya tinggalkan dunia blog ni agak lama lah juga kan,kan,kan ! ada orang rindu saya tak ?(sapa nak rindu kat ko sengal),ok fine !
So,pasal apa saya berehat sebentar? SEBABNYA saya tak sihat sangat !so saya kena banyak berehat (doktor sarankan suruh berehat),tapi blog je saya tinggalkan,TWITTER dgn FACEBOOK saya aktif !(sakit2 pun kena jugak ber-TWIT-ter dgn ber-FACE-book,sudah semestinya) ! just leave this nonsense thing !
Now kita fokus pada aktiviti saya sepanjang saya berehat dan bercuti sebulan nie !jap2,cepatnya masa berlalu !October telah berlabuh pergi,tiba giliran November pulak yg datang menjelma ! cepat jugak saya akan masuk ke semester yang baru,semester yang keempat !result pulak keluar 9 November nie!(tarikh keramat.) Sudah semestinya saya ketakutan tapi taklah sampai menggigil.Cuma kadang2 stres bila memikirkannya.Tapi doktor saya telah berpesan supaya saya elakkan stres tau depressed lagi ! So,saya sekarang kena relax dan banyak buat kerja ! Apa yg saya buat ?
Macam biasa la (anak dara kena la rajin dik oii ) :

1.Bangun pagi pukul 6 am,solat subuh !(then,tidur balik.)
2.Pukul 9 am dah sibuk dgn kemas katil,mandi,sarapan sampai lebih kurang 10 pagi.
3.Pukul 10.30 am saya akan ke kedai untuk membeli barang.
(barang nak masak,padahal masaknya kadang2 petang kot)

4.Kadang2 tolong mak masak atau pun sibuk kemas rumah,sidai kain.
(Memandangkan musim sekarang ni musim hujan kain tu malas nak basuh,hehehehehe)
5.Then,petang sikit dalam 2 pm,saya solat Zuhur ! then apa lagi saya akan online tau pun tengok tv (kot2 ada movie yg best kat HBO tau STARMOVIE)
6.Lepas solat Asar saya akan menyediakan minum petang tau pun pergi amik anak buah saya kat rumah pengasuh dia!
7.Dah malam sikit saya get ready solat Maghrib !
(mkn malam kadang2 amik,kadang2 tak)

8.Lepas solat Isyak saya tengok tv tau pun lepak dgn baca buku ke!
(Kalau malas membaca,apa lagi kita MUKA BUKU la jwbnya)

9.Lepas kena sakit hari itu saya disarankan tidur awal,jgn nak tidur lambat tak tentu pasal.Dalam 10.30 tau 11.00 pm saya tidur la.
(tapi isnin dgn selasa tidur pukul 12,sbb ada CRIMINAL MINDS dgn GOSSIP GIRLS)

10.Itulah rutin saya setiap hari
(apa macam,lu orang rasa wa da boleh kahwin ke,hahahhahaha)


Cuti sebulan ni memang la banyak plan nak dibuat,mcm lepak dengan kawan2 dan saya ada satu event kat negeri sembilan.My lecturer kahwin 29 October hari itu ! Disebabkan masalah kesihatan saya terpaksa tolak semua event2 ni ! Sangat sedih,sobsob.Tapi saya tak menyalahkan takdir yang saya sakit pada waktu itu,cuma kecewa sebab saya ada banyak plan nak dibuat ! Tapi nak buat macam mana,kita mampu merancang,Tuhan yang menentukan segalanya dalam perjalanan hidup kita.Tapi banyak perkara yang saya pelajari sewaktu sakit ni.Saya banyak mendekatkan diri dengan tuhan.Sakit yang saya alami bukannya sakit biasa,sakit yang banyak manusia yg mengalaminya.Tapi sakit ni tak boleh bertahan dengan ubat sahaja,kita juga perlu berusaha mengubatinya dengan secara rohani dan jasmani.Doktor saya sarankan saya keluar dari rumah tu,pergilah bercuti !saya pun pergi bercuti dgn my lovely mummy !pergi mana,pergi kampung saya,-Kuala Kangsar-Perak Darul Ridhzuan-

Sepanjang berada di kampung saya berasa aman sekali,atuk dengan opah sangat baik dengan saya.My uncle bawak ronda2 kampung.Saya banyak buat kerja2 kampung,pergi kenduri kahwin sana sini.Memang fun habislah.Bila nak balik Kuala Lumpur,memang malas rasanya.Sebab saya lagi tenang duduk di kampung.Never mind,saya da janji dengan mama yang cuti sebulan lagi saya akan balik kampung !Sepanjang cuti ni jugak saya habiskan masa lapang saya dengan membaca.(Ayda abu samah,pegang buku !).Ni hobi terbaru saya iaitu membaca sebarang bahan ilmiah.Yang terbaru saya baca buku THE PRESENTATION SECRETS OF STEVE JOBS ! Steve jobs ni merupakan pengasas Apple Inc.Dia ni merupakan teraju utama bagi pembuatan IPad,IPhone,ITunes dan etc !


Dia meninggal dunia akibat kanser pankreas (arwah ayah meninggal pun sebab kanser pankreas jugak) ! Buku yang saya baca ni bukannya dia cerita perjalanan Steve jobs ni,buku ni menceritakan bagaimana Steve jobs menjadi seorang penyampai hebat di hadapan semua orang.Buku ni sangat menarik dan saya tak habis baca lagi,baru separuh je.Da habis nanti saya ceritakan serba sedikit ye.So,inilah aktiviti yang saya lakukan sepanjang October ni.Menarik ke atau tak menarik ke,terpulanglah pada saya untuk menilainya.So,kepada followers saya yang setia terima kasih kerana masih setia menjadi pengikut saya !Dan kepada stalker or haters sudah2 lah nak stalker dan membenci saya.Mari lah menjadi kawan saya.Hahahahaha(buat baik pulak pada musuh)
So,setakat ni je la cerita saya.Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca cerita yang tak seberapa indah ini !
Assalammualaikum.

p/s: saya suka baca Maria Elena punya blog.
Yang latest tu paling menarik !

Jap2 nak link dia,boleh....
nah,amik ko!
(peliks.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment

AS-SALAM..
SILA LA KOMEN..
SAYA HARGAI SANGAT!