Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah

Bismillahhirrahmannirrahim.
As-salam.
Selamat pagi wahai penghuni blogger serta sahabat handai saya yang saya doakan sihat sentiasa di samping keluarga tercinta.Amin.Salam Maal Hijrah buat anda semua ! Malam ini mak dah tak dpt tidur,biasala petang dah tidur lama ! So mlm saya jadi musang (mak dah jd musang ? apa benda ni ? mak dah nak jadi mcm jacob dlm cite TWILIGHT ke ? ) hahahha,jgn nak mepek ye ! Mak dah tengah nak settlekan kerja Mak dah yang tak-tak lagi settle.Mana taknya sibuk dengan ber-FACE-book and tweet sana sini ! Jadi kerja punn tak siap la.Jadi adik2 di luar sana jangan la nak tiru Mak Dah ni !Suka menangguhkan kerja,tapi siiiibukkk dgn kerja lain ! ( yela,Mak Dah yg salah ) ! So,as we all know,kita telah melangkah ke tahun yang baru.(dlm kalendar Islam).Apa azam baru anda semua ? Apa,tak de azam ? Janganlah macam tu,kena ada azam.Biarlah apa-apa azam yang anda ingin buat tp biarlah azam yang membina !So Mak Dah nak kongsi apa azam Mak dah thn yang baru ni.

Berdasarkan three words ni :

EAT,PRAY AND LOVE !

Mai hanpa semua,kita tengok satu persatu:
1.EAT
Apa kejadahnya dengan azam makan ? Seperti yang anda semua tahu,saya ni agak chubby dan kuat makan makanan fast food terutamanya saya pantang jumpa ayam (faham-faham je la makanan fast food yg berkaitan dengan ayam kan,kan,kan).So,my point is,saya pelajar DIP.TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN atau lebih dikenali sebagai MEDICAL LAB student banyak tahu perkara2 seperti penyakit yang boleh menggugat sistem tubuh badan kita.Pemakanan kita merupakan salah satu faktor yang mendorong kita merosakkan tubuh kita.Kadang-kadang kita tak tahu kita boleh merosakkan tubuh kita ! Tapi dengan pemakanan yg kita ambil tu,kita boleh mendorongnya ke arah tersebut.So,Mak dah kuat mkn manis ! Mak dah nak kurengkan bab-bab manis.bak kata orang biarlah MANIS DENGAN SENYUMAN,JANGAN MANIS DALAM MINUMAN.As we all know,pengambilan pemakanan yang tidak betul boleh mengundang pelbagai penyakit.Antaranya Diabetes Mellitus atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing manis.Once you get this automatic easily you can get other disease! Termasuklah Disfungi ginjal,Gangrene dan sebagainya.So,saya ingatkan kepada semua termasuk saya,kurangkan pengambilan gula,makanan fast food,minuman bergas dan sebagainya.Amalkan gaya hidup yang sihat.

2.PRAY
Sembahyang.Solat itu tiang agama.Dirikan solat dan tunaikan zakat.Dah macam-macam ayat yg selalu kita dengar mengenai bab-bab solat ni.Secara jujurnya,saya ni pemalas dalam bab-bab solat.Sejak arwah ayah meninggal,saya kerap melakukannya ( bukan nak takbur ye ).Dulu banyak juga tinggal,ye la zaman remaja,zaman memberontak la.Nak hidup bebas memanjang je kan,padahal x hingat yg dunia ni hanyalah pinjaman buat umat manusia.Dunia yg kekal,tu ha alam akhirat ! Da cukup bekalan ke nak bawak ke sana ? Terutamanya,solat tu cukup ke x? Bila nak masuk alam 20-an ni and lepas arwah ayah meninggal,barulah banyak benda yg saya dpt lihat dengan seluas-luasnya.Bukannya dulu saya buta tak nampak,dak aii ! Saya nampak,cuma sebagai manusia saya leka dlm duniawi.So,di sini saya berazam ingin membuat perkara2 yg baik dan meninggalkan segala larangan yg telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Banyak perkara yg saya nak perbetulkan,insyaallah kalau dipanjangkan umur saya nak perbetulkannya balik.Insyaallah.Kepada adik-adik di luar sana,jangan terlalu seronok dengan duniawi.Beringat-ingat la ye ajal dan maut di tangan tuhan.Bila-bila tuhan boleh tarik nyawa kita! Kita perlu buat persiapan diri kita apabila kita berjumpa dengan sang maha pencipta. Ingat sentiasa bersyukur dengan apa Tuhan beri pada adik-adik di muka bumi (jangan nak duk merungut je ) ! Dan yang terakhir,lakukannya dengan IKHLAS ! jikalau kita melakukannya dengan ikhlas,hati kita akn merasa tenang,dan sentiasa rasa yg Allah sentiasa berada di sisi kita di saat kita susah mahupun senang ! Insyaallah !


3.LOVE
Cinta ? part yang ketiga ni,agak susah diperkatakan.Kenapa ye ? Ye la saya masih single sehingga ke hari ni (bukan nak promote tau ) ! Tapi cinta saya pada masa ni buat keluarga tercinta.Saya berazam mencintai keluarga sehingga ke akhir hayat.Bagi saya,keluarga tetap number 1.Tanpa keluarga,saya pun tak kan dilahirkan (betul tak ?) Jadi,saya nak menyayangi mama,along,nana,kea selama-lamanya.Mereka sahajalah yg saya ada since my father left us.Yang penting mama tu ! Mama dah tak ada Abah,so saya akan menyayangi mama ! Saya akan jaganya,sebagai mana mama jaga saya dulu semasa saya kecil.So,anda di luar sana jikalau anda punya cinta hati tau budak2 skang panggil BABY,BIE,PANGERAN HATI,SAYANG, atau sebaliknya,teruskan menyayangi mereka ye.Tapi jangan lupakan keluarga ye ! Dan belajar mencintai kepada Allah S.W.T,dengan itu anda semua akan lebih tenang dan bahagia.Insyallah !


So,inilah azam saya pada tahun ni.Saya tahulah azam saya tak SEHEBAT ANDA,fyi saya memang tak hebat pun.Each one of you can make your own "AZAM".Tak kisahlah apa azam anda,janji anda boleh melakukannya dengan sebaik mungkin.Pedulikana kata orang,sebab mereka tu tiada kerja asyik duk nak mengata kita je ! So,ladies and gentelmen saya stop di sini sahaja ! Dah ada azam tu,jangan ckp tau tulis je ! BUAT SEKALI !
REMEMBER :
THE TRUTH IS: YOU CAN'T STOP PEOPLE FROM TALKING ABOUT YOU BUT YOU CAN STOP GIVING THEM SOMETHING TO TALK ABOUT.

As-salam

No comments:

Post a Comment

AS-SALAM..
SILA LA KOMEN..
SAYA HARGAI SANGAT!